Assalamualaikum & salam 1Malaysia

Salam sejahtera kepada semua. Selamat datang ke blog kkkba.wordpress.com

Alhamdulillah, kini kehidupan kita menjadi semakin menarik dengan keupayaan & kecanggihan berkomunikasi termasuklah melalui saluran blog.

Keupayaan tersebut mendorong Unit Khidmat Pelanggan (UKP) melangkah 1tapak ke hadapan iaitu merealisasikan ‘blog’ sebagai salah satu pendekatan ‘menjalinkan hubungan dengan komuniti.

KENALI KOLEJ KOMUNITI

Moto: “Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran”

Visi: Menjadi Pusat Pembelajaran sepanjang hayat dengan iltizam untuk membina komuniti yang berpengetahuan, berilmu, berkemahiran dan mempunyai akhlak yang mulia seiring dengan falsafah pendidikan negara.

Misi: Mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua peringkat masyarakat dengan tumpuan kepada latihan kemahiran dan pembangunan potensi.

Objektif: Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan;

-menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat.

-menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community)

-menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling) dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat

-mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan stakeholder

-menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.


About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.