SERTAI PAMERAN ‘JOM MASUK U’

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 (Zon 6)

27 & 28 Februari 2010, Dewan Millenium, Kepala Batas

Karnival ’Jom Masuk U’ merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kumpulan sasaran program ini ialah dikalangan lepasan SPM/STPM/Diploma, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, Kaunselor, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Kolej Komuniti Kepala Batas telah diberi tanggungjawab untuk mewakili Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) serta Kolej-kolej Komuniti Zon 6 (Perak Utara, Pulau Pinang dan Kedah Selatan).

Seramai 26 orang pensyarah KKKB telah bertugas di booth JPKK mengikut jadual tugas yang telah ditetapkan. Aktiviti KKKB pada 27 Februari 2010 ialah pameran serta demonstrasi oleh Unit Multimedia Kreatif (Animasi), Unit Automotif, Unit Fesyen & Pakaian (KK Bukit Mertajam) serta Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Manakala pada 28 Februari 2010; aktiviti dijalankan oleh Unit Pelukis Pelan Senibina, Unit Teknologi Pembuatan Bersepadu serta Unit Bakeri & Konfeksionari (KK Tasek Gelugor.

Selain itu, KKKB juga terlibat dalam Forum Karnival Pengajian Tinggi Negara pada 28 Februari 2010 yang bertempat di Pearl View Hotel, Butterworth, Pulau Pinang. Taklimat berkenaan JPKK dan Kolej Komuniti telah disampaikan oleh Pengarah KKKB iaitu En Mohd Nasir bin Abd Ghani. Peserta Forum adalah terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling, Kaunselor Politeknik, Bahagian Matrikulasi serta wakil-wakil terpilih.

Program ’Jom Masuk U’ Zon 6 telah mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat setempat serta golongan sasaran; di mana ianya telah membantu pengunjung pameran mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan peluang-peluang pendidikan yangn ditawarkan oleh IPTA dan IPTS.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.