KKKB MERENTAS NEGERI….KE KULIM

22 & 23 mAC 2010

KKKB telah dijemput memeriahkan Karnival Pendidikan Kerjaya Daerah Kulim Bandar Baharu yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu bersama Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pameran, taklimat peluang pendidikan, kuiz dan sebagainya. KKKB mengambil peluang tersebut dengan mempromosikan peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti iaitu Program Sepenuh Masa serta Kursus Pendek.

Majoriti pengunjung Karnival ialah pelajar-pelajar sekolah, guru-guru serta kaunselor-kounselor sekolah yang berdekatan. Sambutan ramai di Karnival tersebut adalah didorong oleh kerjasama dan komitmen sekolah-sekolah sekitar Daerah Kulim Bandar Baharu.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu merealisasikan objektif Karnival tersebut.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.