MAJLIS PERPISAHAN EN. ZAIDI & PN. MISNAH

30/03/2010

Satu majlis ringkas sempena perpisahan 2 orang staf KKKB telah diadakan oleh Unit Pentadbiran. Sedih tapi gembira, jelas kelihatan di wajah En. Zaidi kerana permohonan beliau untuk bertukar ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim telah diluluskan oleh Kementerian. En Mohd. Zaidi bin Yusoff atau lebih dikenali sebagai Abg. Zaidi telah bertugas sebagai pemandu di KKKB sejak 2001 lagi & telah banyak terlibat dalam pelbagai program anjuran Kolej Komuniti yang memerlukan komitmen yang tinggi termasuklah bekerja pada hari cuti, kerja selepas waktu pejabat serta memandu untuk perjalanan yang jauh.

Majlis juga meraikan Pn. Misnah binti Husin atau nama glamour beliau Kak Misnah yang akan bertukar ke Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Beliau yang telah bertugas sejak 2004 sebagai pembantu tadbir telah memberikan komitmen yang tinggi dalam bidang kerja yangn dipikul oleh beliau. Tarikh 01/04/2010 pastinya akan menceriakan beliau kerana dapat bekerja berdekatan dengan kampung halaman beliau.

Selamat bertugas..

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.