Jemputan ke Hari Kerjaya & Kecemerlangan Institut ( ILP )

Pada 07 April 2010 (Rabu), beberapa pensyarah KKKB telah dijemput untuk mengiringi para pelajar Semester Akhir KKKB ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas untuk melihat pameran kerjaya yang dianjurkan oleh Institut berkenaan.

Pelbagai aktiviti diadakan pada majlis berkenaan seperti pameran & jualan, ceramah kerjaya, sesi temuduga dan sebagainya. Kebanyakan pengunjung terdiri daripada kalangan pelajar sekolah/kolej, ibubapa serta masyarakat setempat.

Tahniah kepada ILP kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.