KKKB menjuarai Pertandingan Bolasepak Zon Utara

11/04/2010
Kini, KKKB telah terbukti layak dan akan melangkah ke peringkat seterusnya selepas berjaya mengalahkan Polimas di Padang HICOM pada 11/04/2010. Perlawanan sengit bertemu dengan Polimas pastinya meninggalkan kenangan manis kepada para pemain KKKB kerana mereka telah terpilih untuk mewakili Zon Utara.

2-1, perlawanan merebut gelaran juara Zon Utara sempena ‘Liga IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi tahun 2010’ dilihat agak mencemaskan terutamanya semasa babak separuh masa pertama yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0. Namun pada separuh masa kedua, KKKB tersentak seketika apabila bola menembusi gawang yang menjadikan KKKB ketinggalan 0-1.

Keadaan berubah apabila KKKB berjaya menyamai jaringan (1-1) dan diikuti 1 lagi jaringan mantap. Tahniah ….. 2-1 sebagai noktah kejayaan.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.