KKKB vs POLIMAS

petikan dari mediasukan.com.my


KKKB Kekal, UiTM Sabah Menang
By
adhaband
Published: 12 April 2010

SG. PETANI, 11 APRIL 2010 – LIGA BOLA SEPAK IPT 2010 minggu ke-7 ini menyaksikan Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB ) berjaya melengkapkan saingan awal Liga IPT dengan rentak cemerlang apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua tujuh perlawanan Kumpulan Zon Utara.

Muhammad Ikhram KKKB mengelecek bola dari di rembat Mohd Farhan Zuhdi pemain POLIMAS.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan Zon Tengah, KKKB menumpaskan Polimas 2-1 untuk mengutip 18 mata, menjuarai Kumpulan Zon Tengah, sekaligus layak ke pusingan seterusnya. Permainan berlangsung di Padang HICOM Sungai Petani, Kedah.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 mata. Begitu pun, permainan bertukar menjadi sengit pada babak kedua, dengan Polimas menggegar gawang KKKB menerusi G. Meganathan pada minit ke-68, bagaimanapun gol tersebut gagal dimanfaat sepenuhnya oleh Polimas kerana KKKB bangkit dengan permainan lebih kemas selepas itu. Hasilnya, jaringan penalti Muhamad Ikram pada minit ke-76 melegakan KKKB.

Tanpa sebarang tekanan bagi KKKB, perlawanan seakan menuju keputusan 1-1. Asakan demi asakan dari KKKB untuk menambah gol menyebabkan pemain KKKB dilayangkan kad merah.Namun 3 minit sebelum wisel penamat, Azlan Zakaria meledak rembatan jauh yang membolosi penjaga gol Polimas yang ketika itu sudah terkeluar dari posisinya. Kedudukan di Sg Petani, KKKB 2 Polimas 1.

Manakala dI Padang Politeknik Kota Kinabalu Sabah pula, Universiti Teknologi Mara Sabah (UiTM Sabah) muncul pasukan lebih baik pada perlawanan membabitkan dua pasukan teratas Zon Sabah. Rekod tanpa kalah Universiti Malaysia Sabah (UMS) lebur akhirnya apabila tumpas di tangan UiTM Sabah 1-2 pada perlawanan di Padang Politeknik Kota Kinabalu semalam. Kedua-dua pasukan bagaimanapun layak ke pusingan kedua dengan UMS masih gah di puncak Zon berkenaan.

Hanya selepas 10 minit, UiTM Sabah menjaringkan gol pendahuluan menerusi Safwan Nair hasil pergerakan dari sebelah kanan. Begitupun, UMS bangkit membalas menerusi jaringan Faizal Abdulah pada minit ke 49 berpunca dari hantaran sepakan sudut Affan Abdullah. Kedua-dua tampak berpuas hati dengan terikat 1-1. Namun, rembatan sepakan percuma Ali Faizal Limun pada minit ke-85 gagal ditampan kemas penjaga gol UMS Muhamad Syamreh, yang membolehkan UiTM Sabah menang 2-1.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.