Pertandingan menamakan ‘Dataran KKKB’

Info:
Ruang laluan antara blok STB dan blok Pentadbiran telah lama digunakan sebagai tempat pelbagai guna. Pada tahun-tahun sebelum 2010; ia sering digunakan sebagai tempat meletak kenderaan untuk sementara waktu (sementara keluar menjalankan tugas-tugas rasmi ‘outstation‘). Selain itu, ia juga menjadi tempat menjalankan kursus- kursus pendek seperti masakan, lanskap dan menjadi tempat penganjuran majlis-majlis KKKB seperti Sambutan Aidilfitri dan sebagainya.

Keupayaannya yang bersifat pelbagai telah menarik minat pihak pengurusan KKKB untuk menaiktaraf kawasan ‘dataran KKKB’ secara berperingkat. Bermula dengan membuat bumbung tambahan (roof awning), pembukaan kedai koperasi dan diikuti dengan pembinaan pondok pengawal. Kini, pada tahun 2010… kawasan tersebut kelihatan megah dengan bercat baru serta berbumbung penuh.

Realitinya, kawasan tersebut akan terus dibangunkan sebagai kawasan pelbagai guna iaitu sebagai kawasan rehat, pelaksanaan majlis-majlis ilmu (ceramah), majlis sambutan seperti Maulidur Rasul dan sebagainya. Pelbagai kemudahan telah disediakan bagi memeriahkan kawasan tersebut seperti kemudahan kedai koperasi, kafetaria, gymnasium, kemudahan wifi, kerusi/meja untuk berehat, menyediakan papan kenyataan untuk sebaran maklumat, pondok kawalan keselamatan dan sebagainya.

PERTANDINGAN MENAMAKAN SEMULA (RE-BRANDING) DATARAN KKKB

Hadiah:
Sijil Penyertaan kepada Pemenang 1,2 & 3
Cenderahati kepada Pemenang 1, 2 & 3
Hadiah Wang Tunai sumbangan HEP
“JASA ANDA KEPADA KKKB AKAN DIKENANG”

Syarat:
1. Terbuka kepada Warga KKKB (staf/pelajar) sahaja.
2. Setiap individu dibenar mengemukakan maksimum 3 nama cadangan sahaja.
3. Keputusan panel pemilih adalah muktamad.
4. Sila e-mail penyertaan anda ke: aduan_kkkb@yahoo.com atau hantar terus kepada En. Sazali bin Saidin (PKP).
4. Nyatakan maklumat berikut:
Nama:
No. telefon:
Cadangan nama baru Dataran KKKB :

TARIKH TUTUP: 31 MEI 2010

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.