LAWATAN DARI KOLEJ KOMUNITI KUCHING


22/04/2010

KKKB telah menerima kunjungan balas dari KK Kuching, Sarawak pada 22/04/2010 jam 9.30 pagi; lanjutan daripada lawatan pelajar SPS KKKB ke Kuching pada awal 2010. Sebagai lawatan balas, rombongan tersebut yang terdiri daripada 15 orang pelajar semester akhir KK Kuching serta 2 orang pensyarah pengiring (En. Rusman & Pn. Haniza) telah disambut meriah dalam satu majlis khas yang dikendalikan oleh Unit SPS.

Majlis tersebut yang telah dilangsungkan Di Dewan Kuliah Utama, juga telah dihadiri oleh KJKK, Ketua Program SPS serta pensyarah-pensyarah SPS. seterusnya rombongan dibawa melawat ke sekitar KKKB serta melihat mini pameran SPS. Rombongan KK Kuching bertolak balik ke tempat penginapan kira-kira jam 12.00 tengah hari.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.