KURSUS ETIKA KERJA & PENGURUSAN MASA

19/05/2010

Kursus diadakan di MPC, Kepala Batas pada 19 Mei 2010 (Rabu) jam 10.30 pg. hingga 5.00 ptg. Kursus diadakan sebaik sahaja selesai Mesyuarat Staf KKKB (8.30 pg hgg 10.00 pg.) yang membincangkan beberapa perkara penting seperti Majlis Konvokesyen, FESKOM, ‘time off’, Kursus Pendek, website dan sebagainya.

‘Kursus Etika Kerja & Pengurusan Masa’ dipengerusikan oleh Pn Ruszitta bt Darus; ia bermula pada jam 10.30 pagi dan dijayakan oleh penceramah jemputan iaitu Pn Ir Ashah binti Abd Rahman yang mempunyai pengalaman luas sebagai penjawat awam. Para peserta adalah terdiri daripada staf KKKB, Cawangan serta wakil-wakil dari Kolej-kolej Komuniti Zon Utara.

KKKB mengucapkan terima kasih kepada Pn Ir Ashah kerana sudi berkongsi ilmu dengan para peserta kursus.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.