FESKOM MERIAH…terima kasih kepada semua pengunjung

22/05/2010

22 MEI 2010 (Sabtu); KKKB telah mengadakan Festival Komuniti yang merupakan Hari Terbuka KKKB yang pertama kali diadakan semenjak penubuhannya pada tahun 2001. Pelbagai aktiviti diadakan di sekitar Kolej Komuniti Kepala Batas sejak 7.30 pagi yang bermula dengan acara senamrobik. Alhamdulillah; hujan renyai diawal pagi, diikuti cuaca mendung hingga ke tengah hari ternyata tidak menjejas sambutan orang ramai. Dianggarkan lebih 1,500 orang telah memeriahkan FESKOM, sambutan yang di luar jangkaan memandangkan lokasi KKKB yang agak terlindung disebalik deretan bangunan kedai di Taman Bertam Indah.

Pelbagai aktiviti menarik seperti :
Autoday – mencuci kenderaan
Membaiki kereta/ motosikal


Ceramah ‘Untukmu Belia’ – kerjasama dengan Persatuan Belia Islam Malaysia (145 peserta)


Pameran, Jualan & Demonstrasi Kursus Pendek


Cabutan Bertuah (110 hadiah telah ditawarkan) – melibatkan jumlah penyertaan kira-kira 900 orang.


Pertandingan Poster
Pertandingan ‘Kira Pensil Animasi’
Senamrobik


Sukaneka

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Kolaj Bijirin ,Gali Kata Jawi
Bengkel Penulisan Jawi ,Demo Penulisan Khat
Celik Bahasa (Bacalah Manjaku)


Lelongan Majalah
Program Derma Darah
Pemeriksaan Kesihatan Pencuma
dan banyak lagi

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Adun Bertam (YB Hajah Zabariah binti Wahab) yang diiringi Adun Pinang Tunggal (YB Dato’ haji Roslan bin Saidin).

TAHNIAH & TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH BERSAMA-SAMA MEREALISASIKAN FESKOM 2010
“1Komuniti 1Hati”

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.