Catatan: DISEBALIK KEMERIAHAN FESKOM

27/05/2010, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya maka Festival Komuniti (Feskom) berlangsung dengan penuh meriah pada 22 Mei 2010. Pelbagai program yang dirancang telah berlangsung dengan baik, bermula dengan acara senamrobik dan diakhiri dengan majlis perasmian penutup yang dihadiri oleh Tuan Pengarah KKKB , tetamu jemputan iaitu Adun Bertam dan Adun Pinang Tunggal serta disaksikan oleh warga Kolej Komuniti dan para pengunjung.

Program Hari Terbuka pada kali ini telah menyerlahkan seribu pengertian disebalik Tema ‘1KOMUNITi, 1HATi‘. Bagi merealisasikan matlamat FESKOM iaitu untuk mendekatkan komuniti setempat dengan Kolej Komuniti, ternyata memerlukan aura kekuatan dari segi semangat kerjasama dikalangan warga Kolej Komuniti dari setiap peringkat sama ada pengurusan atasan, pensyarah, kakitangan sokongan dan juga pihak-pihak yang berkaitan.

Persepsi pada peringkat awal; untuk mencapai sasaran pengunjung sejumlah 1500 orang sebenarnya adalah agak sukar memandangkan lokasi KKKB yang agak terlindung disebalik bangunan-bangunan kedai. Namun bersandarkan komitmen yang tinggi dikalangan AJK Bhg. Hebahan & Promosi serta warga KKKB, maka pelbagai strategi promosi telah berjaya dilaksanakan.

Pagi 22 Mei 2010, reaksi kebanyakan AJK jelas agak risau dan mendebarkan iaitu bila melihat keadaan langit yang agak mendung dan dibayangi hujan renyai diawal pagi.

Tengah hari 22 Mei 2010, Alhamdulillah…. sambutan adalah diluar jangkaan. Dianggarkan lebih 1500 orang pengunjung telah memeriahkan Feskom; terima kasih di atas kehadiran tetamu-tetamu jemputan, staf-staf KKKB, KKCBM, KKCNT dan KKCTG serta keluarga masing-masing, penduduk-penduduk Taman Bertam, wakil-wakil agensi jemputan, wakil-wakil sekolah, wakil-wakil NGO, media serta semua pengunjung yang telah sudi melawat KKKB.

Namun, saya mewakili Bahagian Hebahan & Publisiti tidak terdetik di hati untuk mengatakan visi kami telah berjaya sepenuhnya. Pastinya ada kekurangan disebalik kemeriahan FESKOM. Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh setiap pengunjung.

Nelayan pulang di waktu senja,

Koleknya sarat pelbagai ikan;

Cacatnya majlis tak disengaja,

Harap tidak menjadi kritikan.

Ikhlas daripada
Pegawai Khidmat Pelanggan KKKB
27/05/2010





Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan FESKOM 2010….
“1Komuniti 1Hati” pastinya mencatatkan seribu pengertian.
Yang BAIK jadikan panduan..Yang BURUK cuba elakkan.

Buah berangan di Tanjung Jati,

Jatuh berderai di tepi rusa;

Budi tersemat di dalam hati,

Disanjung tinggi setiap masa.

TAHNIAH KEPADA PENGARAH PROJEK FESKOM..EN. ZHAFRAN….TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN FESKOM.


About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.