MAJLIS PERSEFAHAMAN & LAWATAN DARI SMK GUAR PERAHU

1/6/2010

8.00 pagi; KKKB berbesar hati menerima lawatan sambil belajar dari SMK Guar Perahu. Seramai 31 orang pelajar tingkatan 4 yang merupakan pemain bola sepak SMK Guar Perahu telah diiringi oleh jurulatih pasukan iaitu Cikgu Rosli bin Ismail.


Selain aktiviti lawatan; satu majlis menandatangani surat persefahaman di antara KKKB dan SMK Guar Perahu juga telah diadakan di Dewan Kuliah Utama.

KKKB diwakili oleh Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, En Abd Latif bin Ahmad serta disaksikan oleh KJKK, En Ooi Chau Chiang, manakala SMK Guar Perahu diwakili oleh Pengetua Kanan Sekolah iaitu En Nadzir bin Ali yang disaksikan oleh Guru Sukan Sekolah iaitu En Rosli bin Ismail.

Pelajar seterusnya berpeluang melawat sekitar KKKB khususnya di Unit STB & Unit SAU. Sesi taklimat ringkas diadakan oleh pensyarah bagi menjelaskan lagi tentang suasana dan sistem pembelajaran di Kolej Komuniti.

Terima kasih….semoga persefahaman yang ditandatangani bersama akan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Pokok keladi tumbuh sepohon,

Tumbuh dekat pohon kuini;

Kehadrat Ilahi doa dipohon,

Moga berkat majlis ini.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.