Pertandingan ROBOCON 2010 di UKM

Acara tahunan, Pertandingan ROBOCON peringkat kebangsaan kembali lagi, bermula 24 Jun hingga 27 Jun 2010 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi, Selangor.

Pasukan KKKB akan bersaing dengan 54 pasukan lain yang terdiri daripada IPTA, IPTS, politektik, kolej komuniti, institut latihan dan pusat kemahiran. Pemenang pertandingan akan mewakili Malaysia ke pertandingan Robocon peringkat antarabangsa di Kaherah, Mesir pada September 2010.

Selamat berjuang kepada para pensyarah yang mewakili Unit Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu, KKKB.


About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.