SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) KOLEJ KOMUNITI BAKAL DIRASMIKAN PADA 14 JULAI 2010

6 07 2010

Pada 14 Julai 2010; Kolej Komuniti bakal melalui satu proses transformasi secara menyeluruh termasuklah dari aspek ‘pendekatan pengajiannya’ (kaedah pembelajaran) iaitu seiring dengan moto “Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran”.

Program ‘Sijil Modular Kebangsaan’ atau ringkasnya SMK Kolej Komuniti merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar yang akan dilaksanakan secara sepenuh masa dan juga separuh masa. Program SMK adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat (warganegara Malaysia) yang berumur 17 tahun ke atas. Sehubungan itu, Kolej Komuniti amat mengalu-alukan permohonan dari komuniti setempat, pesara kerajaan, warga emas, belia, lepasan sekolah dan juga lepasan IPT yang berminat.

Apakah kelebihan program SMK yang akan menggantikan program Sijil Sepenuh Masa sediada ?


Sebagai program baru, pastinya persoalan tersebut merupakan perbualan yang hangat diperkatakan sama ada dikalangan kakitangan Kolej Komuniti ataupun orang awam.

Secara ringkasnya; Kurikulum Program SMK yang dibangunkan bersama dengan industri secara berperingkat-peringkat adalah bertujuan untuk memudahkan lepasan Kolej Komuniti memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan. Modul-modul yang relevan dengan pasaran kerja semasa pastinya akan membantu memantapkan kemahiran pelajar agar mampu menjadi tenaga mahir yang berkualiti.

Modul-modul SMK yang mengutamakan ‘proses kerja’ ini adalah melibatkan tempoh pengajian yang fleksibel iaitu 3 bulan hingga 6 bulan. Pengambilan bagi Program SMK akan bermula pada bulan Julai, Oktober dan Disember 2010.

Seiring dengan transformasi tersebut, program SMK di KKKB akan dirintis oleh Unit Automotif dengan menawarkan Sijil Servis Kenderaan Ringan yang melibatkan 5 (lima) modul iaitu Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (3 bulan), Imbangan Roda & Penjajaran (3 bulan), Rombak Rawat Enjin (6 bulan), Penyelenggaraan Sistem Gantungan, Stereng & Brek (6 bulan) dan Penyelenggaraan Sistem Penghantaran (6 bulan). Program SMK tersebut akan menggantikan Sijil Sepenuh Masa sedia ada iaitu Sijil Automotif bermula Julai ini. Kolej Komuniti yang turut menawarkan program yang sama ialah KK Gerik, KK Jempol, KK Sg. Siput, KK Bkt. Beruang, KK Pasir Salak, KK Ledang, KK Rompin, KK Bandar Darulaman, KK Kuala Terengganu, KK Sungai Petani, KK Tawau dan KK Caw. Bandar Baru (tertakluk pindaan semasa).

Program SMK yang turut ditawarkan di Kolej-kolej Komuniti terpilih bermula Julai 2010 ialah Sijil Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Akuakultur, Sijil Pemasangan Elekrik, Sijil Penyelenggaraan Bangunan, Sijil Menyelenggara dan Membaiki Bot, Sijil Pengendalian Pelancongan, Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Kulinari.

Seiring dengan perubahan tersebut, Sesi Julai 2010 juga akan menyaksikan pengambilan pelajar terakhir bagi Sijil Sepenuh Masa (2 tahun) iaitu Sijil Multimedia Kreatif (Animasi), Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu dan Sijil Pelukis Pelan Senibina. Sehubungan itu, kini Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) sedang mempertimbangkan Sijil-sijil Modular yang bersesuaian bagi menggantikan Sijil-sijil Sepenuh Masa (2 tahun) dengan mengambilkira beberapa aspek seperti kepakaran pensyarah, keperluan masyarakat setempat dan juga kemudahan p&p.

catatan ini adalah berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh wakil JPKK semasa Taklimat Pelaksanaan Program Modular Kolej Komuniti, KPT Bil. 3/2010 di Hotel MITC Ancasa, Melaka pada 01 Julai 2010.


“PENERAJU KOMUNITI BERILMU DAN BERKEMAHIRAN



Actions

Information

9 responses

22 11 2010
azlina

saya nak bertanyakan kursus jangka pendek menjahit di kolej komuniti nibong tebal…ada tak untuk bulan november..n december..

25 11 2010
pkp

puan/cik dimohon hubungi terus KK Nibong Tebal ditalian 04-5082284 @ KK Bukit Mertajam 04-5378349. Terima kasih

11 12 2010
NUR HAMIDAH BINTI JOHARI

Sy Nur Hamidah Binti Johari dr Johor Bahru.Sy ingin menggikuti program yg encik anjurkan tapi macam mana sy nak isi borang mohon kemasukan pelajar 2011 ke sijil modual kebangsaan (SMK) melalui e-mail.

14 12 2010
pkp

sila layari laman web Jab. Pengajian Kolej Komuniti (www.jpkk.edu.my). terima kasih

4 07 2011
pkp

sila datang terus (walk-in) ke kaunter utama kolej komuniti / hubungi pegawai pengambilan. Tempat adalah terhad

18 08 2011
atiqah

macam mane nk apply kolej komuniti bukit beruang utk seni kulinari ? sye 18 and nk study kat situ :)

5 09 2011
pkp

permohonan perlulah melalui kaedah pendaftaran online. sila beli no pin unik berharga rm10.60 di BSN. Daftar di http://www.jpkk.edu.my atau hubungi koleh berkenaan untuk maklumat lanjut.

9 09 2011
snow charm

bagaimana dgn yuran pndftaran? adakah elaun disediakan?

13 09 2011
pkp

Untuk maklumat: yuran pengajian adalah tertakluk tempoh pengajian iaitu RM10/bulan. Semasa pendaftaran kali pertama, pelajar perlu juga membayar yuran pelbagai (RM100) dan bayaran insurans (RM32). Contohnya; jika modular pertama ialah 3 bulan maka perlulah membayar sebanyak RM30 + RM100 +RM32 =RM162 sahaja. Seterusnya untuk pendaftaran modular berikutnya, pelajar hanya perlu membayar untuk yuran pengajian sahaja (rujuk tempoh pengajian).

Elaun ?
Ya, mulai bulan September 2011. Pelajar yang layak akan menerima elaun wang saku berjumlah RM250/bulan. Tertakluk syarat yang ditetapkan.
Terima kasih.




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: