Transformasi Kolej Komuniti : Satu realiti

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN KOLEJ KOMUNITI

Pengenalan program-program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang ditawarkan di Kolej-kolej Komuniti mulai bulan Julai 2010 ialah selaras dengan Pelan Tranformasi Kolej Komuniti iaitu:

  • Program Bermatlamatkan Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Program Menjadi Kolej Komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Program Berteraskan Kemahiran dan Kebolehkerjaan
  • Program Memenuhi keperluan Komuniti

Sijil Modular Kebangsaan adalah merupakan program latihan kemahiran jangka pendek (3 hingga 6 bulan) yang berdasarkan ciri-ciri berikut:

  • Setiap Sijil Modular Kebangsaan mewakil set kemahiran minimum (minumum skill set) yang membolehkan seseorang mendapatkan pekerjaan. Ianya berdiri dengan sendirinya (stand alone) dan tidak memerlukan Sijil Modular lain sebagai pra-syarat kemasukan
  • Setiap Sijil Modular Kebangsaan akan membawa sejumlah Jam Kredit yang akan diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Ianya akan menjadi ‘blok binaan’ (buidling blocks) untuk tujuan pengumpulan mata kredit untuk persijilan yang lebih tinggi.
  • Sijil Modular Kebangsaan boleh disampaikan dengan pelbagai kaedah seperti sepenuh masa, separuh masa, perantisan, work-based learning, production based education dan boleh digunakan untuk tujuan pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPL).

Rasional pelaksanaan Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan yang dikenali Sijil Modular Kebangsaan adalah untuk membangunkan satu sistem persijilan yang fleksibel dan dinamik bagi mencapai objektif Kolej Komuniti seperti berikut untuk:-

  • Mewujudkan dan menyediakan laluan alternatif kepada lepasan menengah;
  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (K-communities);
  • Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih semula (re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
  • Menyediakan rangkaian strategik (strategic networking) untuk pengukuhan aktiviti sosioekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh (stakeholder); dan
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti.

Faedah atau kelebihan Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan ini adalah seperti berikut:-

  • Berasaskan Set Kemahiran Minimum (Minimum Skill Set) sesuatu Skop Pekerjaan untuk membolehkan seseorang mendapatkan pekerjaan atau menjadi usahawan dalam tempoh yang singkat
  • Berasaskan Hasil Pembelajaran (Learning Outcome) dan membawa sejumlah ’Jam Kredit’ bagi tujuan pengumpulan kredit untuk persijilan yang lebih tinggi
  • Menggunakan pendekatan Orientasi Proses Kerja (Work Proses Orientation) dan Pembelajaran Berasaskan Tindakan (Action Oriented Learning) supaya pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat diaplikasikan terus kepada bidang pekerjaaan
  • Bersifat Fleksibel dengan menyokong pelbagai kumpulan sasaran; mempunyai multiple entry point dan menyokong pelbagai kaedah penyampaian
  • Menawarkan Mobiliti kepada kumpulan sasar dengan membolehkan mereka bergerak ke Kolej Komunti terdekat untuk menjalani latihan-latihan; dan
  • Bersifat Dinamik dan boleh diubah dengan cepat mengikut keperluan komuniti dan industri dan mengikut perkembangan teknologi, dipakej untuk keperluan industri dan menggalakkan innovasi dan menerapkan kebolehkerjaan.

Rujukan:

Deraf Kerangka Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan JPKK, KPT

*** tertakluk pindaan semasa

……………………………………………………………………………………………………………………………..
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

PENYELENGGARAAN KENDERAAN RINGAN 3 BULAN

Peserta akan diberi latihan kemahiran dan pengetahuan tentang kerja-kerja asas di dalam penyelenggaraan kenderaan ringan. Kemahiran yang akan didedahkan kepada Peserta adalah perkhidmatan pelanggan bengkel kereta, penyediaan pra servis kenderaan, pemeriksaan visual kenderaan, perlaksanaan servis asas kenderaan ringan dan prosedur penyerahan kenderaan kepada pelanggan.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.