“C-WALK” dipilih sebagai pemenang !

Pemilihan pemenang ‘Pertandingan Menamakan Laluan Antara Blok A & B’ telah diputuskan oleh panel pemilih pada 19/08/2010 dan diumumkan secara rasmi semasa Mesyuarat Pengurusan yang diadakan pada hari yang sama. 

Ketua panel iaitu Tuan Pengarah KKKB mengharapkan pemilihan nama tersebut dapat mengatasi masalah kekeliruan nama rasmi laluan tersebut (ia pernah disebut sebagai dataran berbumbung, dataran KKKB dan sebagainya).

Seiring dengan perubahan fizikal laluan tersebut (dinaiktarafkan secara berperingkat-peringkat); tuan pengarah amat mengharapkan agar “C-Walk” dapat dijadikan sebagai ruang serbaguna yang dapat memberi impak positif  kepada semua warga KKKB sama ada dikalangan pelajar ataupun staf iaitu bersesuaian dengan nama penuh laluan tersebut iaitu Community Walk (ataupun Laluan Komuniti).

Pemenang pertandingan akan menerima wang tunai RM 100.00 (sumbangan Unit HEP), sijil penghargaan serta cenderahati  (sumbangan UKP)  pada satu majlis yang akan dimaklumkan nanti.

TAHNIAH kepada Pn. N ………………………………

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.