Indahnya Ramadan

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”

Ingatlah kita mengenai pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya yang katanya: “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadat. Makan yang kenyang itu menegangkan urat perut dan mengendurkan urat mata.”

Ingatlah amaran Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga yang didapatinya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Oleh demikian berhati-hatilah kita semua dengan etika berpuasa itu agar kita tidak tercicir ganjaran besar pahala sebagaimana yang dijanjikan Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 53 yang bermaksud: “Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.”

Pada Ramadan yang penuh berkat ini, latihlah diri dan pimpinlah hati kita dengan jalur kehidupan yang dituntut oleh agama.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.