Projek Amal Bulan Ramadhan.. “berbudi kepada yang memerlukan”

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, satu projek amal (khidmat masyarakat)  telah dikendalikan oleh pensyarah serta pelajar modul Pembangunan Diri 2 kelas STB2A, SPS2 dan SAN2 (dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Kepala Batas).

Pelbagai barangan dapur, pakaian, keperluan harian, wang tunai dan sebagainya  yang diperolehi hasil sumbangan/kutipan telah diagihkan kepada beberapa keluarga miskin yang terpilih di sekitar Kepala Batas pada minggu ke-3 Ramadan.

Projek   ini dilihat banyak memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat iaitu penyumbang, pelajar terlibat dan juga penerima sumbangan. Diharapkan aktiviti-aktiviti murni seperti ini dapat diteruskan untuk  tahun-tahun akan datang. Syabas !


Sebahagian dari pelajar yang terlibat dalam Projek Amal Bulan Ramadhan sedang
melaksanakan kerja-kerja akhir pengurusan sumbangan.


Syukur, pelbagai bentuk sumbangan diterima hasil keprihatinan insan prihatin.



Kerja-kerja pengasingan sumbangan pakaian baru/terpakai dilaksanakan oleh
Pn Ruzita & Pn Nadia untuk diserahkan kepada anak-anak yatim.




About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.