Laman Web KK Sabak Bernam & KK Ledang diiktiraf 4 bintang…Tahniah

MDeC (Multimedia Development Corporation), sebuah badan yang menyelia, mempromosi dan membangunkan industri IT di Malaysia telah memberikan penarafan 4 Bintang (4 Star) kepada halaman web rasmi Kolej Komuniti Sabak Bernam untuk tahun 2010.

Kedudukan ini adalah lebih baik berbanding tahun lalu di mana KKSB hanya sekadar mendapat penarafan 3 bintang sahaja. KKSB juga berkongsi tempat ke 24 bersama-sama Kolej Komuniti Ledang dengan markah 64%, menjadikan masing-masing berada di tempat pertama di kalangan Kolej Komuniti. Ini adalah kali pertama 2 Kolej Komuniti mendapat penarafan 4 bintang berbanding tahun lalu di mana hanya Kolej Komuniti Teluk Intan yang mencapainya.

Selain Kolej Komuniti, beberapa Politeknik seperti Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Shah Alam turut mendapat penarafan 4 bintang dengan markah melebihi 70%. Secara keseluruhannya dapat dilihat banyak institusi berjaya menaikkan markah masing-masing pada tahun ini berbanding tahun lalu. Syabas diucapkan.

Sumber : http://buletinkksb.blogspot.com

 

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.