Kolej Komuniti Arau adakan Latihan Kebakaran sebagai aktiviti tahunan

26/10/2010

Ketika berkunjung ke Kolej Komuniti Arau, penulis berpeluang menyaksikan satu  Siri Latihan Kebakaran  yang dijayakan hasil kerjasama dengan  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Objektif latihan adalah untuk memastikan semua prosedur pencegahan kebakaran dan tindakan pengosongan bangunan dapat difahami, dilaksanakan dengan cekap, mahir dan teratur. Latihan  ini juga bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan pelajar dan staf berkaitan situasi kecemasan terutamanya semasa berlakunya kebakaran di dalam bangunan. Setelah selesai latihan, sesi ‘Post-moterm’ diadakan bagi menilai dan cadangan penambahbaikan prosedur dan tindakan  semasa berlaku situasi sebenar.

Tahniah kepada Kolej Komuniti Arau kerana telah menjadikan latihan tersebut sebagai salah satu prosedur & aktiviti wajib tahunan.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.