Rancangan Merentas Kampus Mutiarafm….sesi rakaman radio

27/10/1010  Kolej Komuniti Kepala Batas dengan kerjasama RTM Mutiarafm dan Yayasan Dakwah Islamiah  Malaysia (YADIM) telah mengadakan Rancangan Merentas Kampus  untuk siaran radio Mutiarafm (95.7 mhz @ 93.9 mhz @ 90.0 mhz).

Aktiviti dimulakan dengan persembahan  Kombo RTM, diiringi nyanyian oleh wakil RTM  dan juga 2 orang pelajar KKKB yang terbukti berbakat besar.  Pendekatan menyelitkan unsur-unsur muzik (secara positif) dilihat mampu menarik minat pelajar untuk menyertai program ceramah.

Setelah selesai acara tersebut, barulah Penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Fawwaz b. Mohd. Jan (PUZ Pulau Pinang) menyampaikan ceramah kampus bertajuk  “Jejak…Kasih Remaja”. Pelbagai ilmu, nasihat dan mesej  telah disampaikan oleh Ustaz Fawwaz  kepada para pelajar; beliau ternyata bijak menterjemahkan mesej-mesej secara tersurat dan tersirat.

Selain itu, seramai 10 pelajar telah dipilih untuk menjalani sesi rakaman untuk slot remaja yang juga akan disiarkan di Mutiarafm. Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat.

Pada waktu yang sama , siaran lintas langsung Mutiarafm diadakan di bilik tuan pengarah KKKB; dimana En Mohd Nasir b. Abd Ghani ditemuramah oleh pemberita Mutiarafm dan wartawan Sinar Harian. Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempromosikan Kolej Komuniti kepada pendengar Mutiarafm.

Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji  Zulkipli bin Salleh (Pengarah Penyiaran Pulau Pinang) kerana sudi hadir sempena program ini.

 

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.