Konvoi Jelajah 1Malaysia singgah di KKKB

28/10/2010

Seramai 250 ahli kelab Persatuan Bermotosikal Negeri Johor (menggunakan 180 buah motosikal berkuasa tinggi) telah singgah di KKKB untuk menyampaikan mesej ‘Kami Prihatin Dengan Anak’  yang bermatlamat mendidik para pelajar IPT  dan masyarakat tentang keburukan gejala kes pembuangan bayi yang perlu dibendung secara bersepadu. Ia merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama-sama.

Kempen ini merupakan inisiatif Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Kementerian Belia Dan Sukan, Astro, Karyawan serta digerakkan oleh Persatuan Bermotosikal Negeri Johor dan GPMS. Antara lokasi persinggahan konvoi ialah Universiti Teknikal Melaka, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej Islam Antarabangsa,  seterusnya KKKB, UUM, Universiti Malaysia Kelantan dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Konvoi tiba di perkarangan KKKB kira-kira jam 10.30 pagi; seterusnya konvoi diraikan dalam satu  majlis yang berlangsung meriah di C-Walk. Konvoi diketuai oleh penaung program iaitu Tunku Hassan Tunku Mohammed Archibald, diiringi pengerusi Persatuan iaitu En. Abdul Rahim Ahmad, penyanyi terkenal dan duta kempen, Fauziah Latiff serta Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rosdi Amir.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.