Kempen Derma Darah Mendapat Sambutan

03/11/2010

KKKB dengan kerjasama Tabung Darah, Jabatan Patologi, Hospital Pulau Pinang telah mengadakan Program Derma Darah di perkarangan C-Walk dan Bilik B108 (Unit STB) pada jam 9.30 pagi  hingga 4.30 petang.  Program ini bermatlamat untuk membangkitkan kesedaran warga KKKB tentang keperluan darah di hospital serta tanggungjawab yang seharusnya dipikul bersama oleh setiap komuniti.

Seramai 12 orang kakitangan Jabatan Patologi Pulau Pinang (termasuk 2 orang doktor) telah hadir bagi menjayakan Program ini.  Seramai 42 orang warga KKKB  telah sudi menderma darah; sekalung terima kasih kepada semua penderma.

Nota: sila hubungi En. Mohamad Iskandar bin Azanan (Pegawai Seranta, Unit Tranfusi Perubatan, Hospital Pulau Pinang) ditalian 04-2225181 untuk  maklumat lanjut berkaitan Program Derma Darah.

 


About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in lawatan. Bookmark the permalink.