Liputan KOSMO! 06 November 2010

Petikan artikel KOSMO

8 November 2010

KOMUNITI KITA

KKKB rai konvoi Jelajah 1Malaysia

SEBAHAGIAN warga KKKB bergambar bersama peserta konvoi di Kepala Batas semalam.


SEMANGAT. Kira-kira 300 pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB), Pulau Pinang menyambut ketibaan peserta konvoi Jelajah 1Malaysia ‘Kami Prihatin Dengan Anak’ di pekarangan kolej itu semalam.

Konvoi berkenaan yang disertai 250 ahli Persatuan Bermotosikal Negeri Johor itu meluangkan masa kira-kira satu jam setengah di KKKB yang merupakan salah satu destinasi dalam siri kedua program tersebut.

Kehadiran mereka disambut oleh Pengarah KKKB, Mohd. Nasir Abdul Ghani dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidi.

Selain kehadiran pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi yang menjadi tumpuan warga KKKB, penyertaan penyanyi popular yang juga duta kempen berkenaan, Fauziah Latiff turut mencuri tumpuan para peminatnya.

rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_01.htm

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.