PROGRAM KARNIVAL KERJAYA PRS2K 2010

KOLEJ-KOLEJ KOMUNITI WILAYAH UTARA & PERAK

Tarikh: 24 November 2010 (Rabu)

Tempat: Dewan Milenium

Masa: 9.00 pagi – 5.00 ptg.

SINOPSIS PROGRAM

Dalam tempoh RMK-10, tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berinovasi serta kreatif adalah amat diperlukan bagi meningkatkan produktiviti dan kadar upah serta menyumbang kepada nilai ditambah yang tinggi dalam sektor utama ekonomi. Sehubungan itu;  Kolej Komuniti sebagai salah sebuah IPTA yang dibangunkan untuk menghasilkan lulusan yang berkemahiran tinggi akan mengambil peluang ini untuk membantu para pelajar semester akhir Kolej Komuniti mengenalpasti dan merebut  peluang-peluang yang wujud di pasaran  pekerjaan.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Membantu pelajar mengetahui teknik-teknik mendapatkan pekerjaan
  • Membantu individu mengenali personaliti diri dan kesesuaian pekerjaan
  • Mengetahui kewujudan pelbagai jenis pekerjaan berkaitan bidang yang diceburi
  • Menguasai kemahiran mencari maklumat kerjaya
  • Memberi maklumat tentang peluang-peluang kerjaya dengan menemukan pelajar dengan firma/ industri

AKTIVITI

  • Pusat maklumat kerjaya kepada pelajar-pelajar semester 4 Kolej Komuniti.
  • Pameran kerjaya daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta  (cthnya: PETRONAS, SHELL, Sime Darby).

IMPAK PROGRAM

  • Membaiki kualiti kehidupan apabila peserta mendapat pekerjaan yang sesuai dengan diri dan kelayakan
  • Membantu meningkatkan ekonomi Negara melalui peningkatan pencapaian isi rumah.
  • Membantu mewujudkan Keluarga Bahagia dalam institusi kekeluargaan melalui peningkatan ekonomi
  • Melahirkan pelajar yang kreatif dalam menyelesaikan masalah
  • Melahirkan individu yang celik akal melalui peningkatan pengetahuan

KESIMPULAN

Melalui pelaksanaan Program berbentuk karnival ini;  ianya diharapkan akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar kolej komuniti serta  meningkatkan jaringan kolaborasi Kolej Komuniti dengan pihak lain dalam usaha memacu kecemerlangan rakyat Malaysia.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.