Karnival Kerjaya PRS2K Berlangsung di Dewan Milenium

25/11/2010

Majlis perasmian/penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akademik  Kolej Komuniti iaitu En Tajuddin Abdul Rashid pada jam 4.00 petang. Upacara tersebut disaksikan oleh wakil  serta pelajar-pelajar Semester Akhir Kolej Komuniti Wilayah Utara & Perak.

Pada kali ini, 36 syarikat/agensi  di antaranya ialah JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja,  Tekun, Puspakom, SCC Sweet Enterprise, Nurizz Kosmetik &  De  touch Hair Salon (dan beberapa institusi pendidikan seperti Geomatika College International, Taj International College, Twintech & KL Universiti) telah diberi peluang untuk  mempromosi serta mempamerkan barangan/perkhidmatan kepada para pengunjung Karnival. Dianggarkan  1,000 orang pengunjung telah hadir memeriahkan Karnival Kerjaya tersebut.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK YANG TERLIBAT…..

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in pameran. Bookmark the permalink.