Bantulah…insan yang memerlukan.

Kebakaran berlaku pada 23/11/2010 ( jam 5.45 pg). Mangsa yang merupakan pelajar Semester 3 Sijil Multimedia Kreatif Animasi (Norlia bt Abdul Rahim) telah kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah keluarga beliau.

Sehubungan itu, pihak Kolej amat berharap adanya bantuan seperti  pakaian, peralatan dapur dan juga  wang ringgit dariipada orang ramai untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.  Bantuan boleh disalurkan kepada Unit Kebajikan Hal Ehwal Pelajar.

“Dari Rawang ke Mersing,

Singgah berhenti di Pulau Sialu,

Hati risau bertambah runsing,

Kepada siapa hendak mengadu”.

SEMOGA MASIH BERSINAR SATU HARAPAN

‘1 KOMUNITI 1 HATI’

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.