Lawatan dari peserta Program Perkembangan Kerjaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat

14/12/2010, KKKB telah menerima kunjungan dari 26 orang penghuni Asrama Akhlak Paya Terubong, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah 6 orang staf pengiring. Rombongan yang tiba kira-kira jam 11.00 pagi  disambut oleh Pegawai Psikologi (Cik Atifah bt Md Ali), Pegawai HEP (Pengambilan &  Data) serta beberapa lagi  pensyarah KKKB. Sesi dimulai dengan taklimat ringkas oleh Pegawai HEP (Pn. Ruzita) dan disusuli dengan aktiviti lawatan di sekitar KKKB.

Lawatan sambil belajar ke KKKB merupakan salah satu aktiviti yang dikendalikan oleh Bahagian Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat  sempena Program Perkembangan Kerjaya yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni Asrama Akhlak Paya Terubong berkenaan peluang pendidikan yang ditawarkan kepada peserta Program serta peluang peningkatan diri yang berteraskan kemahiran.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in lawatan. Bookmark the permalink.