Rekod Peribadi ONLINE menerusi HRMIS

Pengumuman :

Setiap kakitangan KKKB dimohon mengemaskini data peribadi masing-masing secara online menerusi sistem HRMIS. Sistem pangkalan data tersebut merupakan maklumat asas kritikal bagi membolehkan modul-modul lain dapat diaplikasikan oleh Jabatan. Contohnya maklumat akaun bank perlu dimasukkan bagi membolehkan pelaksanaan Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran yang melibatkan proses pengurusan gaji, pinjaman, imbuhan tahunan dan saraan.

 

Maklumat Profil Perkhidmatan Dalam HRMIS
Semua pemilik kompetensi dinasihatkan menyemak profil perkhidmatan masing-masing dalam HRMIS bagi memastikan maklumat adalah betul dan kemas kini.

Apakah HRMIS?
•    HRMIS merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga mereka bersara.
•    HRMIS adalah satu pendekatan baru pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam.
•    HRMIS telah dibangunkan dan kini sedang dilaksanakan oleh seluruh Perkhidmatan Awam Malaysia secara berperingkat. HRMIS akan menjadi sistem tunggal pengurusan sumber manusia sektor awam.

  • Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;
  • Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
  • Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
  • Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
  • Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan
  • Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

maklumat lanjut; sila layari

http://www.eghrmis.gov.my

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.