Kejohanan Bowling Tertutup (Staf KKKB)

06.01.2011 (Khamis), Pengarah KKKB (En. Mohd Nasir Abd Ghani) telah berkesempatan untuk merasmikan Kejohanan Bowling (Staf KKKB) pada jam 2.15 petang bertempat di Megamall Penang.

Kejohanan  yang dianjurkan oleh Kelab Staf  ini telah berjaya  menarik minat  32 orang kakitangan lelaki dan 24 orang kakitangan perempuan; dimana ianya mempertandingkan  3 kategori iaitu kategori berkumpulan, individu (lelaki) dan individu (perempuan).

Kategori lelaki telah dimenangi oleh En. Muhammad Azad b. Amerudin dari pada Unit SAU, manakala kategori perempuan dimenangi oleh Pn Noorazlina bt Abd Rahim daripada Unit SPS.  Tahniah kepada semua pemenang….Tahniah juga kepada Kelab Staf kerana berjaya merealisasikan  aktiviti riadah tersebut yang pastinya memberi banyak faedah terutamanya dari aspek mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan staf.

Description: cid:image001.gif@01CB0950.945C6D30

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.