Anugerah KURPEN 2010

27/01/2011, Majlis Anugerah KURPEN telah diadakan pada jam 10.00 pagi di perkarangan C-Walk dengan dirasmikan oleh En. Mohd Nasir bin Abd. Ghani (Pengarah KKKB), diringi oleh En Abd Latif bin Ahmad (Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat).

Seramai 50 orang pensyarah/staf telah menerima cenderahati dan sijil penghargaan di atas bakti & komitmen yang dicurahkan bagi menjayakan kursus pendek sepanjang tahun 2010. En. Mohd. Kamarul Ariffin bin Salaudin dipilih sebagai penerima anugerah Kategori Staf Paling Banyak Menyelaras Kursus Pendek, manakala Cik Syabriyah bt Sehat dipilih sebagai penerima anugerah Kategori Staf  Yang Menyelaras Paling Ramai Peserta Kursus Pendek.

Sepanjang Tahun 2010, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) telah berjaya melatih  sejumlah 4,122 orang peserta dalam pelbagai bidang kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan masyarakat setempat. Seterusnya  pada tahun 2011, JPSH menerusi pengenalan program barunya iaitu Program 1 Malaysia mensasarkan n permintaan masyarakat setempat akan berterusan

Tahniah & terima kasih kepada semua penerima Anugerah.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.