Selamat bertukar ke Kolej Komuniti Kuching kepada Puan ITTA

KKKB mengucapkan selamat berpindah ke tempat kerja yang baru kepada Pn Ruszitta bt Darus. Beliau yang merupakan  pensyarah Unit Sijil Pelukis Senibina (SPS) telah bertugas di Kepala Batas  sejak tahun 2003 lagi dan telah menyumbangkan banyak jasa & tenaga kepada KKKB. Beliau yang berwatakan  agak kelakar (tapi kadang-kadang serius) telah banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu menerusi  penyelarasan  dan promosi Kursus Pendek.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Puan Itta dikalangan pelajar & staf akan mula bertugas di Kolej Komuniti Kuching, Sarawak mulai Februari 2011. Unit Khidmat Pelanggan KKKB mengucapkan “Selamat berjaya kepada beliau & semoga ceria selalu bersama keluarga di sana”.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.