Mesyuarat Agong Kelab Staf 01.02.2011

Mesyuarat Agong Kelab Staf  diadakan di Dewan Kuliah Utama pada 01 Februari 2011 dengan dipengerusikan oleh Pn. Sharifah Rusniza binti Syed Mohamed yang juga merupakan Pengerusi Kelab Staf.

Agenda utama mesyuarat diadakan ialah pembentangan laporan pelaksanaan  aktiviti  pada tahun 2010 dan juga laporan kewangan  yang terkini. Pada majlis yang sama, Puan Sharifah Rusniza telah mengumumkan pembubaran   Jawatankuasa Kelab Staf  sedia ada dan seterusnya menjalankan proses pencalonan ahli  jawatankuasa yang baru.

Tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Staf yang telah dipilih iaitu  En Salahuddin bin Yusoff  (Pengerusi), Ustaz  Mohamad Izwani bin Kasim (Timbalan Pengerusi), Pn. Noor Marshitah binti Zulaliza (Setiausaha 1), Pn. Fatin Nadia binti Che Daud (Setiausaha 2), Pn. Noor Azlina binti Abd. Rahim (Bendahari 1) danUstazah Asmahan binti Abdullah (Bendahari 2). Selamat menerajui Kelab Staf.

Tahniah & Selamat Menerajui Kelab Staf bermula Februari 2011.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.