Cabaran MySkills 2011 kini bermula … peringkat saringan

Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Pertandingan MySkills 2011, dimana ianya terbuka kepada tenaga pengajar (pensyarah/guru/pengajar kemahiran awam atau swasta) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan (seperti mempunyai pengalaman mengajar dan pengalaman dalam bidang yang dipertandingkan tidak kurang dari 4 tahun).
Sebanyak 15 bidang kemahiran dipertandingkan  pada tahun ini . Peserta yang berjaya diperingkat akhir berpeluang menerima ganjaran hadiah RM10,000 (pemenang platinum), RM7,000 (pemenang emas), RM5,000 (pemenang perak), RM3,000 (pemenang gangsa) dan masing-masing  RM500 bagi  penerima Sijil Kecemerlangan dan penerima sijil penyertaan.
Selamat Berjaya kepada semua peserta yang akan menghadapi cabaran Pertandingan MySkills 2011 (Peringkat SARINGAN) pada 17 & 18 Februari ini, bertempat di CIAST, Shah Alam. Pada tahun ini,  5 bidang kemahiran  akan disertai oleh pensyarah KKKB  iaitu:
i. CNC Milling
ii. CabinetMaking
iii. CNC Turning
iv. Mechanical Engineering Design (Cad)
v. Automotif Technology.

Semak Penyertaan …>>>> Peserta_Saringan_Myskills_2011

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.