Lawatan Kerja ke KK Darulaman & KK Arau…mencari ilmu

Seramai 10 orang pensyarah KKKB yang mewakili Unit Kursus Pendek, Unit Keusahawanan dan Unit Khidmat Pelanggan telah mengadakan satu lawatan kerja ke Kolej Komuniti Darulaman, Kedah dan Kolej Komuniti Arau, Perlis pada 17 Februari 2011.

Program ini yang diketuai oleh Pn. Syahidah bt Ilias, dimulai dengan lawatan ke Jabatan  Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Darulaman pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sesi taklimat dikendalikan oleh Pn Rahanita (Ketua Penyelaras Kursus Pendek), di mana beliau dengan bermurah hati berkongsi idea tentang  kaedah dan strategi promosi dan pengendalian kursus-kursus pendek (kini dikenali Program 1Malaysia). Seterusnya, Pensyarah-pensyarah KKKB dibawa melawat ke ‘Kafe Kita’ (premis perniagaan E-Tech) yang mengusahakan perniagaan makanan/minuman serta pengeluaran/pemasaran mee kuning.

 

 

 

Seterusnya; rombongan tiba di Kolej Komuniti Arau (bangunan tambahan di Jawi)  pada jam 1.30 petang dengan disambut oleh Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat serta staf JPSH. Pensyarah yang hadir berkesempatan meninjau premis perniagaan E-Tech yang kini giat menjalankan perniagaan kefetaria.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.