Sambutan Maulidur Rasul …. Seminar Kesenian Islam

Alhamdulillah, pengisian Hari Maulidur Rasul dijayakan secara bersepadu  pada 23 Februari 2011 (Rabu) bertepatan tema pada tahun ini iaitu ‘Wassatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah’. Program ini dikendalikan oleh Unit Pengajian Am dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Latihan Staf. Peserta program adalah terdiri daripada pelajar, staf dan juga jemputan dari Kolej Komuniti Cawangan (KKCTG, KKCBM dan KKCNT), Kolej Komuniti Kulim dan Kolej Komuniti Bayan Baru.

Aktiviti dimulakan dengan Pertandingan Nasyid, diikuti Pertandingan Sajak dan seterusnya dimantapkan dengan sesi Ceramah oleh Profesor Madya Muhd. Asri bin Zainul Abidin (bekas mufti Negeri Perlis) yang kini bertugas di Universiti Sains Malaysia. Antara kandungan ceramah beliau ialah berkenaan sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w serta impaknya kepada seluruh umat Islam pada ketika zaman Baginda dan juga pada masa kini.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.