Ingin sertai ‘Charity Walk for Health’ ?

Pada 01 Mac 2011 yang lalu, 4 orang pelajar tahun akhir Universiti Sains Malaysia telah berkunjung ke KKKB untuk mempromosikan acara ‘Charity Walk for Health’ yang merupakan  anjuran bersama Universiti Sains Malaysia, KDU College dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Acara tersebut akan berlangsung pada 26 Mac 2011 (Sabtu) pada jam 7.00 pagi di Youth Park (Taman Perbandaran),  Pulau Pinang.

Aktiviti promosi secara ‘turun padang’ bagi mempromosikan acara tersebut merupakan salah satu   projek akhir bagi pelajar ‘School of Communication’, USM yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan masyarakat luar, seterusnya mempraktiskan  ilmu-ilmu komunikasi yang telah dipelajari di universiti.

Program: Charity Walk for Health
Tarikh akhir pendaftaran: 10/03/2011
Hubungi: Vithya (012-448 9913), Mas (013-272 1093)

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in pameran. Bookmark the permalink.