Komitmen terhadap pencapaian MS ISO 9001:2008 diteruskan

28 Feb 2011 dan 01 Mac 2011- SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah melaksanakan audit pematuhan (surveillance audit) yang merangkumi skop pensijilan ”Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional diperingkat Sijil dalam bidang teknologi, bisnes dan industri perkhidmatan”. Sesi audit pada kali ini  merupakan susulan daripada audit pensijilan yang telah dijalankan pada tahun lalu.

Sesi audit dikendalikan oleh  Pn Parimala Devi a./p Ganesan dari bahagian perkhidmatan SIRIM, dimana beliau berkesempatan meninjau proses pengurusan beberapa Unit di KKKB seperti Unit Automotif, Unit Pengajian Am, Unit Animasi, Unit Latihan Industri, Unit Peperiksaan dan Unit Pentadbiran. Semasa pembentangan hasil audit, beliau mendapati bahawa pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di KKKB telah dijalankan secara berterusan dan baik.

Namun begitu, wakil  pengurusan KKKB disarankan supaya  membuat beberapa tindakan penambahbaikan ke arah memantapkan lagi prestasi pengurusan organisasi agar seiring dengan keperluan standard MS ISO 9001:2008, seterusnya memberi impak positif kepada warga Kolej Komuniti.

 

 

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.