Insurans Kelompok; membantu meringankan beban keluarga arwah

02/03/2011 (Rabu): Unit Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan majlis  penyerahan cek tuntutan insurans kepada waris pelajar yang meninggal dunia  pada 7 November 2010. Arwah iaitu Mohd Firdaus bin Mhd. Yakin merupakan pelajar tahun akhir Unit Automotif, beliau telah kembali ke Rahmatullah setelah mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Permatang Tinggi B, Paya Keladi, Kepala Batas.

Majlis penyerahan cek berjumlah RM20,000 daripada Syarikat Takaful Malaysia Bhd disampaikan oleh  En. Mokhtarul Kudus Hasan.  Majlis tersebut yang berlangsung secara sederhana pada jam 11.00 pagi telah dipengerusikan oleh Pn. Ruzita bt Md. Yusoff (Pegawai Pengambilan), bertempat  di Pusat Sumber KKKB.  Waris mangsa iaitu En. Mhd Yakin bin Nayan berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Pelajar KKKB yang telah bertanggungjawab mengendalikan urusan tuntutan perlindungan insurans kelompok.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.