Penyelarasan Program Latihan 1 Malaysia

26/04/2011, Pengarah KKKB mengumumkan bahawa mesyuarat penyelarasan Program latihan 1 Malaysia diperingkat KKKB akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan Program Latihan berjalan mengikut perancangan dan terkawal terutamanya dari aspek kewangan. Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diketuai  Hj. Abd Latif bin Ahmad akan dibantu oleh barisan Jawatankuasa Kursus Pendek (diketuai Pn Shahidah bt Illias) dan  Ketua-ketua Unit.  Pengurusan Program seterusnya diperkukuhkan lagi dengan perlantikan Hj. Rahim bin Hashim (bekas Pengarah Kolej Komuniti Bukit Mertajam) yang akan bertindak sebagai Penyelaras Keseluruhan Program Latihan 1Malaysia.

Selamat berjaya kepada semua pihak yang dilantik sebagai  pengemudi Program.  Setiap warga KKKB diingatkan supaya mengutamakan Nilai Amanah dan Ikhlas.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in bersama komuniti. Bookmark the permalink.