Lawatan Pengerusi BAKAT Udara

29/04/2011, KKKB telah menerima kunjungan Badan Kebajikan Isteri Angkatan Tentera (BAKAT) Pangkalan Udara Butterworth yang diketuai oleh Pengerusi BAKAT Udara, Puan Sri Datin Sri Asnah bin Din iaitu isteri kepada  Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud.

Rombongan yang terdiri dari lebih 50 orang anggota Bakat Udara disambut oleh Pengarah KKKB ( En Mohd. Nasir), Pengarah-pengarah Cawangan serta warga KKKB. Aktiviti dimulakan dengan lawatan ke beberapa bilik p&p iaitu makmal CAD dan studio lukisan SPS. Seterusnya, sesi taklimat dan majlis menandatangani MOU diadakan di Dewan Kuliah.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in lawatan. Bookmark the permalink.