SIJIL MODULAR KEBANGSAAN …AMBILAN OKTOBER 2011 & JANUARI 2012

Apakah yang dimaksudkan dengan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) ?

SMK adalah program latihan kemahiran jangka pendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar yang merangkumi kompetensi teknikal, pengetahuan dan sosial. Setiap SMK adalah set kemahiran minima di dalam sesuatu skop kerja. Model Kurikulum ini adalah berbentuk Outcome-Based Education dan Competency-Based Education. Ia mengandungi satu set aktiviti pembelajaran.

Adakah Kolej Komuniti masih menawarkan SIJIL KOLEJ KOMUNITI (SKK) SEPENUH MASA ?

Ya, pelajar SMK akan dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti (SKK) apabila beliau telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

SKK adalah pakej Program Bidang Latihan yang mengumpulkan jam kredit daripada beberapa program SMK. Pakej Program Bidang Latihan ini membawa sebanyak 60 hingga 72 jam kredit dan graduan dianugerahkan SKK.

(syarat wajib: Lulus Bahasa Melayu SPM)

 

Bagaimanakah kaedah untuk memohon ?

Pemohonan perlulah melalui kaedah on-line

Kaedah memohon:

  •       Pemohon perlu membeli No. PIN  di Bank Simpanan Nasional (BSN)

berharga  RM 10.60

*** Pastikan No. PIN yang dibeli bermula dengan angka 16……atau 19……

  • Kemukakan permohonan melalui laman web berikut: (Sila gunakan  INTERNET EXPLORER untuk paparan terbaik)

http://www.jpkk.edu.my

atau

http://www.kkkba.edu.my

atau

http://online.kkkla.edu.my/eborangkk_mod

 

Daftar SegeraKemasukan OKTOBER 2011

Hubungi Unit HEP (Pengambilan& Data) untuk maklumat lanjut

04-579 2300/575 5930

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.