1 DEKAD

10 TAHUN PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI  KEPALA BATAS (KKKB)

 05 Julai 2000

  • Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00  tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti.

 2001

  • KKKB merupakan salah satu daripada 10 buah kolej komuniti rintis Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • KKKB mula beroperasi  di kampus sementaranya iaitu di  Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
  • Pelajar perintis KKKB  seramai 83 orang  telah memulakan pengajian pada 6 hb Jun 2001.

2002

  • Kampus tetap KKKB  siap dibina mengikut perancangan dan diberikan Sijil Layak Menduduki (CF)  pada 12 Okt. 2002.
  • KKKB telah berpindah ke kampus tetap di  No.87, Lorong Bertam Indah 1,Taman Bertam Indah,13200 Kepala Batas Pulau Pinang pada 1 November 2002.

 2004

  • KKKB yang berada di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal,  Kementerian Pendidikan Malaysia telah dinaiktaraf dan diletakkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

2007

  • Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti seterusnya dinaiktaraf menjadi Sektor Pengurusan Kolej Komuniti pada September 2007.
  • Peranan KKKB diperkembangkan seiring dengan perubahan yang berlaku  dalam pengurusan peringkat pusat.

2009

  • Sektor Pengurusan Kolej Komuniti kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Pengajian Kolej Komuniti mulai September 2009.
  • Seterusnya, fungsi Kolej Komuniti telah diperkemaskan menerusi  pelan pengukuhan yang dilaksanakan secara menyeluruh dengan  perubahan  dasar termasuklah visi dan misi.
  • Warga KKKB bersama-sama menyahut cabaran baru tersebut serta berusaha merealisasikan pelan transformasi kerajaan.

2010

  • Sijil Modular Kebangsaan (SMK)  mula dipraktiskan di Kolej-kolej Komuniti bagi menggantikan pendekatan pengajian yang sedia ada.
  • Pengambilan pelajar baru Sijil  Automotif  dihentikan di KKKB dan diganti dengan pengenalan Sijil Kolej Komuniti (SKK) Servis Kenderaan  Ringan yang merangkumi 5 SMK.

2011

  • Ambilan Julai 2011 menyaksikan Sijil Sepenuh Masa diganti sepenuhnya dengan pendekatan baru iaitu Sijil Modular Kebangsaan.  KKKB menawarkan 11 SMK pada ambilan kali ini.

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.