KENALI SMK …

Program latihan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN adalah program latihan kemahiran jangka pendek (3-6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar.

Setiap SIJIL MODULAR KEBANGSAAN adalah set kemahiran minima di dalam sesuatu skop kerja.SIJIL MODULAR KEBANGSAAN telah direkacipta dan dibangunkan bagi membolehkan peserta mendapatkan kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat.

Ia berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaaan Kebangsaan.Pendekatan latihan secara Pembelajaran-Berasaskan-Tindakan memberi fokus kepada pelbagai jenis pelajar (Learner Types) sesuai dengan sasaran Kolej Komuniti.

Dengan pendekatan ini, aksi-aksi dan proses-proses di dalam dunia pekerjaan akan disimulasikan di dalam dunia pembelajaran (Kolej Komuniti).

Peserta akan melakukan kerja sebenar di dalam kumpulan dan proses refleksi akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar bagi tujuan pembelajaran.

KELAYAKAN MASUK

Program-program SIJIL MODULAR KEBANGSAAN terbuka kepada kesemua lapisan masyarakat warganegara Malaysia tidak mengira usia (minima 18 tahun), bangsa atau keturunan – tidak kira samada lepasan sekolah, politeknik atau universiti, yang sedang menganggur, bekerja atau persara. Ia bermatlamatkan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

YURAN LATIHAN
Yuran latihan adalah RM10.00 sebulan

KELEBIHAN PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

– Persijilan SMK Jangkapendek (minima 3 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar membolehkan peserta memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat.

– Setiap SMK mempunyai sejumlah Jam Kredit yang diiktiraf oleh MQA dan peserta boleh mengumpul beberapa SMK bagi tujuan persijilan yang lebih tinggi.

– Peserta boleh mengambil mana-mana SMK di dalam kluster yang sama, mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.

– Tiada had masa untuk mengumpulkan SMK.

– Tiada pra-syarat kemasukan untuk setiap SMK (minima 18 tahun ke atas)

– SMK boleh diambil di mana-mana Kolej Komuniti pada bila-bila masa yang sesuai bagi setiap peserta. (apabila ditawarkan)

– Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tindakan adalah lebih menarik dan sesuai untuk pelbagai Stail Pembelajaran setiap peserta.

– (tertakluk kepada syarat dan pindaan semasa)

About team HEP KKKB

HEP KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.