Disebalik Tabir

Pengarah KKKB

Dr Hj Abd. Latif bin Hj Ahmad  PKT

Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat

En. Radzuan bin Othman

Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran

Pn. Fatimah binti Saidin

 

 

ALUAN KATA:

Salam sejahtera kepada semua. Selamat datang ke blog kkkba.wordpress.com

Alhamdulillah, kehidupan kita kini menjadi semakin menarik dengan keupayaan & kecanggihan sinergi komunikasi termasuklah melalui  blog berasaskan aplikasi percuma ‘wordpress’.

Keupayaan tersebut mendorong Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) merealisasikan ‘blog’ sebagai salah satu medium komunikasi ke arah menjalinkan hubungan dengan komuniti.

KENALI KOLEJ KOMUNITI

Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) merupakan salah sebuah institusi pendidikan awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.  KKKB telah beroperasi sejak tahun 2001 dan telah melalui proses pengukuhan secara berperingkat-peringkat. Di awal penubuhannya, KKKB telah menjalankan 4 Program Sijil Sepenuh Masa iaitu Sijil Multimedia Kreatif (Animasi), Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu, Sijil Pelukis Pelan Senibina dan Sijil Automotif. Di samping itu, menawarkan pelbagai kursus jangka pendek kepada masyarakat setempat seiring dengan konsep ‘Pembelajaran Sepanjang Hayat’.

Pada bulan Julai  2010, KKKB telah melalui proses pengukuhan secara menyeluruh termasuklah dari aspek ‘pendekatan pengajiannya’ iaitu seiring dengan moto ‘Peneraju Komuniti Berilmu Dan Berkemahiran’. Seterusnya, pada tahun 2011 KKKB telah diamanahkan untuk menjayakan ‘Program Latihan 1Malaysia’ (kursus jangka pendek) yang memberi keutamaan kepada masyarakat setempat.Kini, KKKB meneruskan baktinya kepada komuniti melalui pelbagai program pendidikan dan kemasyarakatan.

Moto: “Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran”

Visi: Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi: Meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

Objektif: Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan;

-menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat.

-menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community)

-menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling) dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat

-mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder)

-menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.

Kemudahan DI KKKB

  • Bilik kuliah dan dewan kuliah

  • Kelas pembelajaran mengikut bidang pengajian

  • Makmal komputer, bengkel automotif, studio lukisan

  • Makmal pneumatic, makmal cnc, makmal digital animasi

  • Pusat sumber, kemudahan internet & wi-fi percuma

  • Kemudahan pengangkutan (van / bas) untuk aktiviti pelajar

  • Kedai koperasi & kafetaria

  • Surau dan lain-lain.

NYATAKAN MAKLUMBALAS ANDA (JIKA ADA)